Thursday 23 June 2016

Surah Al-Baqarah (102)



Juz:1,Surah:2.
Surah 2, Ayat 102: 

.
Ringkasan tafsir;
Menceritakan sebahagian pendita ulamak kaum Yahudi pada zaman Nabi Sulaiman yang telah membelakangkan kitab Taurat, kerana tertarik dengan ilmu Sihir yang dibawa oleh Harut dan Marut dinegeri Babylon.  


Alkisah, Harut dan Marut itu adalah dari jenis kalangan Malaikat yang dijelmakan sebagai manusia (mempunyai nafsu) untuk ditugaskan  mentadbir bumi di Negeri babylon kerana untuk menandingi bangsa manusia dibumi yang banyak membuat kejahatan dan maksiat kerja durjana. Disinilah berlakunya pertemuan antara pendita Yahudi berjumpa Harut Marut untuk belajar ilmu sihir, tapi Harut Marut telah berpesan kepada pendita terlebih dahulu bahawa “kami ini hanya godaan, janganlah kamu kufur”. Maka pendita Yahudi belajarlah ilmu sihir dan kemudian telah membelakangi kitab Taurat.
  


AlKisah, bahawa syaitan naik kelangit pergi mengitip dan mengintai dipintu langit untuk mengetahui perkara ghaib yang disimpan oleh Malaikat yang menjaga kitab ghaib itu, dan para Malaikat itu  kadang-kadang sering berbincang tentang untung nasib manusia dibumi, dan disitulah Syaitan mendapat maklumat dan turun kebumi memberi pengajaran kepada ahli sihir (ahli nujum, tukang tenung, tukang tilik dan lain-lain yang sejenisnya) yang mana semuanya menggunakan Jin dan Syaitan untuk menolong pekerjaan mereka untuk menganiayai umat manusia. Pada awalnya berita yang disampaikan oleh Syaitan itu kepada ahli sihir itu adalah berita benar, dan ahli sihir pun sebarlah berita itu dengan menokok tambah cerita yang tidak benar untuk menyakinkan orang ramai pada ketika itu.  Apabila Nabi Sulaiman wafat, pendita Yahudi sanggup menceritakan bahawa Nabi Sulaiman itu adalah ahli sihir, kerana Nabi Sulaiman mempunyai kebolehan menggunakan  jin, manusia, syaitan dan burung untuk berkhidmat kepadanya (lihat surah Shaad, 23.38.35~38).
.

[Previous] [Next]
.

Sumber, 

Terjemahan (1.2.101~110);

Pautan,



.

via,
knajid2@gmail.com
(recover, knajid@ymail.com).

Sunday 20 October 2013

Surah 111



{111}
AL-LAHAB (julangan) 1~5.
Dengan nama Allah, Pemurah, Penyayang.

1. Rugilah hendaknya dua tangan Abu lahab ! dan (sebenarnya) telah rugi dia.
2. Tidak memberi faedah kepadanya hertanya dan (tidak) apa yang ia usahakan.
3. Ia akan masuk diapi yang berjulang-julang.
4. Dan (juga) isterinya, pembawa kayu bakaran
5. Yang dilehernya ada tali dari sabut. 


[Previous Surah][Next Surah][Mukadimah Surah][Ulasan Surah].

.

Search Engine Submission - AddMe