Juz:1,Surah:2.
Surah 2, Ayat 102:
.
.
Ringkasan tafsir;
Menceritakan sebahagian pendita ulamak kaum Yahudi pada zaman Nabi Sulaiman yang telah membelakangkan kitab Taurat, kerana tertarik dengan ilmu Sihir yang dibawa oleh Harut dan Marut dinegeri Babylon.
Alkisah, Harut dan Marut itu adalah dari jenis kalangan Malaikat yang dijelmakan sebagai manusia (mempunyai nafsu) untuk ditugaskan mentadbir bumi di Negeri babylon kerana untuk menandingi bangsa manusia dibumi yang banyak membuat kejahatan dan maksiat kerja durjana. Disinilah berlakunya pertemuan antara pendita Yahudi berjumpa Harut Marut untuk belajar ilmu sihir, tapi Harut Marut telah berpesan kepada pendita terlebih dahulu bahawa “kami ini hanya godaan, janganlah kamu kufur”. Maka pendita Yahudi belajarlah ilmu sihir dan kemudian telah membelakangi kitab Taurat.

AlKisah,
bahawa syaitan naik kelangit pergi mengitip dan mengintai dipintu langit untuk
mengetahui perkara ghaib yang disimpan oleh Malaikat yang menjaga kitab ghaib
itu, dan para Malaikat itu kadang-kadang
sering berbincang tentang untung nasib manusia dibumi, dan disitulah Syaitan
mendapat maklumat dan turun kebumi memberi pengajaran kepada ahli sihir (ahli
nujum, tukang tenung, tukang tilik dan lain-lain yang sejenisnya) yang mana
semuanya menggunakan Jin dan Syaitan untuk menolong pekerjaan mereka untuk
menganiayai umat manusia. Pada awalnya berita yang disampaikan oleh Syaitan itu
kepada ahli sihir itu adalah berita benar, dan ahli sihir pun sebarlah berita
itu dengan menokok tambah cerita yang tidak benar untuk menyakinkan orang ramai
pada ketika itu. Apabila Nabi Sulaiman
wafat, pendita Yahudi sanggup menceritakan bahawa Nabi Sulaiman itu adalah ahli
sihir, kerana Nabi Sulaiman mempunyai kebolehan menggunakan jin, manusia, syaitan dan burung untuk
berkhidmat kepadanya (lihat surah Shaad, 23.38.35~38).
.
[GS] https://sites.google.com/site/melawatmekkah/1/1
Ulasan (1.2);
[GS] https://t.co/0EUkXravGr
Pautan, Ulasan (1.2);
[GS] https://t.co/0EUkXravGr
.
via,
knajid2@gmail.com
(recover, knajid@ymail.com).